http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html |
13 JAM - A 380
BAB 28
Haydar..
Terkelu aku seketika melihat apa yang hadir di hadapan mataku ini. Dia yang tidak pernah aku harap muncul kembali setelah apa yang aku lalui di lapangan terbang sebelum ini.
Ekspresi wajahnya nampak terkejut
dan keliru. Mungkin kerana kehadiranku bersama seorang kanak-kanak yang
memanggilku mommy. Dan aku sendiri malas untuk meneka apa yang ada difikiran
Haydar waktu ini. Haydar seakan mahu menuturkan sesuatu sebelum secara tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi.
Fawwaz..
“Hana.. Awak dimana? Saya baru
sahaja selesai mesyuarat.” Fawwaz terus sahaja bertanya sebaik sahaja talian
bersambung.
“Owh. Tunggu sekejap. Saya bawa
Emmel bersiar-siar.” Sebaik sahaja talian ditamatkan aku terus menarik tangan
Emmel yang sememangnya tidak aku lepaskan sejak tadi.
“Come dear. Daddy is waiting us at
his office.”
Seakan rasa biadap berlalu tanpa
mengucapkan apa-apa aku berpaling kepada Haydar.
“Thank you young man.”
Saat aku berpaling semula untuk
meneruskan langkah, Haydar bersuara. Mungkin dia baru menemui pita suaranya
yang hilang tadi ketika melihat aku.
“Wait. Are you Malaysian?”
Kaki yang baru hendak melangkah
terhenti dan aku berpaling semula kepadanya dengan kerutan di dahi menandakan
bahawa aku tidak dapat mencerna soalanya itu. Seperti memahami ekspresi wajahku
yang mahukan penjelasan, Haydar meneruskan kata-katanya.
“I think I know you but I can’t
remember where we are met.”
Dengan penjelasannya itu, baru
aku dapat memahami akan maksud soalannya yang pertama tadi serta ekspresi
wajahnya ketika melihat aku di awal pertemuan tadi.
Air mataku umpama hendak menitis
di saat itu juga bila menyedari akan hakikat bahawa kehadiranku disisinya
seperti tiada makna. Memori 13 jam itu langsung tidak berbekas dihati Haydar. Dan
betullah katanya tempoh hari bahawa aku ini umpama dadah kepadanya.
Aku cuba untuk senyum walaupun
dalam kepayahan dan aku dapat merasakan bahawa senyuman aku itu sangat pahit.
“Yeah. I am Malaysian but we were
never met.”
Hatiku seperti disiat belati bila
selasai menuturkan ayat ini. Apabila Haydar ingin membuka mulut untuk
meneruskan perbualan, pantas aku memintas.
“Sorry I have to go now. Her daddy
is waiting for us.” Aku merujuk kepada Emmel.
Belum sempat Haydar membalas aku
terus berlalu bersama Emmel yang hanya berdiam diri sejak tadi. Separuh dari
hatiku seakan tidak merelakan perbuatanku kepada Haydar tadi tetapi separuh
lagi hatiku berkata itulah yang terbaik untukku buat masa ini. Disaat aku
sedang mencari kembali akan tujuan sebenar hidup ini, biarlah soal jodoh itu datang
dengan sendiri. Sementelah aku percaya, andai aku tercipta dari tulang rusuk
Haydar, lambat atau cepat, aku pasti akan bersamanya jua. Memori 13 jam terbang
di awan itu biarlah aku simpan kemas-kemas disudut hati ini kerana hanya itu
sahaja kenangan yang aku ada bersama dia, walaupun ia tidak bermakna pada pihak
Haydar.
“Mommy.” Emmel bersuara buat kali
pertama selepas dia dimarahi olehku tadi kerana bermain jauh dari pandangan
mataku ini. Suaranya seakan masih takut andai aku masih marah kepadanya.
“Yes dear. Why? Are you tired?”
aku cuba mencerikan suasana yang agak tegang ini. Dalam pada masa yang sama aku
cuba untuk tidak melibatkan Emmel ke dalam konflik hatiku ini.
Emmel menggeleng sambil
tersenyum. Ternyata senyumannya itu berjaya membawa pergi kesedihan aku terhadap peristiwa tadi. Sekali lagi hati ini terdetik marahkan ibu
kandung Emmel yang sanggup meninggalkan kanak-kanak secomel Emmel ini hanya
kerana marahkan si ayah yang tidak bertanggungjawab. Umpama marahkan nyamuk
kelambu dibakar.
“Mommy, are you still mad with me?”
tiba-tiba Emmel bertanya.
“No dear. I was worried when you
are not around me. Luckily has a young and handsome guy with you.” Aku cuba
untuk menenangkan hati Emmel yang mungkin masih risau marahku padanya masih
bersisa dan dalam masa yang sama aku seakan tidak mampu untuk membuang figura
Haydar dari minda ini.
“I am sorry mommy. I promise I won’t
do that again.” Emmel mengulang kembali janjinya kepadaku. Aku hanya mampu
memberikan senyuman yang terbaik bagi mengelakkan Emmel rasa lebih bersalah.
“But…” ayat Emmel tergantung di
situ. Membuatkan aku sendiri ternanti apa yang mahu dikatakan oleh anak kecil
itu. Aku mengangkat kening seolah memberi izin untuk dia meneruskan
kata-katanya itu.
“But I think daddy is more
handsome that man.”
“Why?”
“No men are more handsome than
daddy. Even if daddy is not handsome as they, for me, he is still handsome
because he is my daddy.”
Terkesima aku sebentar mendengar
jawapan Emmel yang aku rasakan tulus dari hati kanak-kanaknya. Sedang aku
mencari ayat untuk membalas kata-kata dari anakku itu, Emmel tiba-tiba merentap
tangannya dari pegangan tangan ku. Terkejut dengan tindakkannya itu, aku reflek
melepaskan tangan Emmel dan dia terus berlari mendapatkan Fawwaz yang sedang
menunggu kami di foyer pejabatnya. Jauh rupanya aku mengelamun sehingga tidak
sedar bahawa aku sudah sampai ke pejabat Fawwaz.
Dari kejauhan aku melihat kegembiraan
di wajah Emmel dan Fawwaz. Walaupun mereka tiada sebarang pertalian darah,
mereka tetap gembira hidup bersama. Dan aku mula memahami apa yang Emmel
maksudkan sebelum ini. Definisi handsome bagi dirinya. Siapa kata kanak-kanak
tidak mampu mengajar orang dewasa. Kadang kala kanak-kanak mampu melihat lebih
dari apa yang orang dewasa bayangkan.
love hana with fawwaz
ReplyDeletehiji.. saja je ni..
ReplyDeleteHehe. Suke.
ReplyDelete-nuyrah-
terima kasih kerana sudi membaca bikisan yang tidak seberapa ini.. :)
Deletegud job
ReplyDeletethanks Madam Lola.. your version is awesome too..
DeleteYou just crushed my dream, dear. KS please very much, ask Aishah to write a novel for your company.
ReplyDeleteNak sangat Fawwaz. Ambil kau sejibik! dan I like it very much!...Poor Haydar. Tak kemana wajah mu yang handsome itu, kalau kau pun lepaskan Hana--hilang ingatan? memang nak kena tumbuk Haydar ni. Love it!!! Kalau begini punya twist masa dalam bab28.Haydarian's better watch out for broken hearts. lols.
terima kasih :)
Deletesaya budak baru belajar.. nak menulis tuk publish kat market mmg tak pernah terlintas lg buat masa ni.. :)
Untuk team Haydar jangan sedih-sedih.. Hero memang selalu kalah dulu.. hihi
Your one also nice! Kannn biasalah hero mana boleh menang. mesti bersusah2 dulu. Tiada benda yang senang kita perolehi tanpa usaha dan cabarannya. But Hana memang sentiasa sweet kalau ngan Haydar :)
ReplyDeleteyup.. betul tu..
Deleteeven saya ni penyokong tegar fawwaz-hana tapi menjangkakan hana will be with haydar..
salam aishah !
ReplyDeleteTQ for joining :D love it and its a deep one. lol. Now gang Fawwaz can smile. haha
Thanks for re-setting the comment, i hope it works this time ! OMG. had been trying few times before.lol.
thank you and sorry for the inconvience before this.. :)
DeleteYes yes yes!!!! I like this version! Fawwaz and Hana. Excuse you Haydar pi main jauh-jauhh. Ship Hana and Fawwaz!
ReplyDeleteterima kasih qhastina kerana menyukainya.. :)
Delete