Sunday, June 16, 2013

UNTUK DIA

Di saat orang lain menzahirkan kasih sayang
Dengan perhatian dan sikap ambil berat
Kau tetap dengan sikapmu
Yang seperti tidak ambil peduli

Di saat rakan-rakanmu memuji dan berbangga
Akan anugerah yang Esa kepada mereka
Kau seaakan tiada perasaan
Dengan apa yang kau miliki

Ah..
Sukarnya mentafsir kasih sayangmu

Aku tahu kau tidak sempurna
Kerana tiada manusia yang sempurna

Walau kau dipandang hina
Oleh mata-mata mereka
Yang merasakan
Diri mereka sempurna
Aku tetap bersyukur
Kerana ini adalah takdirnya

No comments:

Post a Comment