Wednesday, September 9, 2015

KISAH N&N

Nazam memerhatikan wajah anak kesayangannya, Natasya Raihana yang sedang tidur kerana kepenatan membantunya sewaktu kenduri disiang hari tadi. Walaupun Natasya baru berusia empat tahun, namun dia seorang yang ringan tulang. Dia lebih suka membantu orang lain daripada hanya bermain dengan rakan sepermainannya yang lain.

Sebelum Nazam keluar, dia mencium dahi anak tunggalnya itu. Rutinnya setiap malam jika dia ada di rumah. Setelah mematikan lampu bilik anaknya itu, kakinya terus menuju ke tingkat bawah kerana dia tahu ibunya masih tidak tidur lagi. Masih sibuk mengemas dapur agar esok mudah baginya untuk memasak. Ibunya ini pun baru sahaja datang dua hari lepas dari kampung halamannya kerana kenduri yang dia adakan siang tadi. Kenduri siang tadi adalah kenduri doa selamat sempena dia berpindah ke rumah ini, -walaupun telah hampir enam bulan dia berpindah- dan juga kenduri tahlil untuk arwah isterinya yang telah meninggal dunia dua tahun lalu akibat leukimia.

Leukimia atau juga dikenali sebagai kanser darah ini umumnya menyerang sum sum tulang belakang yang banyak memiliki sel darah putih. Penyakit ini merupakan penyakit kanser yang cukup kronik dan umumnya pesakit kanser ini tidak dapat sembuh dengan sempurna hingga nyawa menjadi taruhan. Sekitar hampir 90% pesakit leukimia adalah orang dewasa.

Apabila sampai ke dapur, Nazam melihat ibunya sedang ralit menyusun atur kedudukan barang-barang di dapur rumahnya itu.

“Biarlah barang-barang tu kat tempatnya mak. Tak perlu nak dipindahkan. Nanti mak dah balik kampung, kelam-kabut pula Ajam nak cari barang- barang tu,” Nazam menegur ibunya sambil menarik kerusi di meja makan untuk duduk.

“Hei.. kamu ni Ajam, buat mak terkejut. Salam tidak, apa tidak, tiba-tiba menyergah begitu,” ibu Nazam, Puan Halimah mula membebel.

“Mak tu yang ralit sangat mengemas dapur ni sampai tak sedar Ajam masuk sini. Lagipun buat apa mak susah-susah nak mengemas dapur ni cantik-cantik. Mak bukannya duduk lama kat sini,” Nazam menjawab bebelan ibunya sambil mengambil cawan dan mengisinya dengan air kosong. Cawan dan air kosong memang sentiasa dia sediakan di atas meja makan itu untuk memudahkan dia atau Natasya jika ingin minum. Dia tidak membiasakan anak tunggalnya itu untuk minum minuman berais. Baginya minuman berais ini tidak elok untuk stamina badan. Ini juga merupakan latihan yang diberikan kepada anaknya itu untuk berdikari dan tidak membebankan orang lain. Kerjayanya sebagai pegawai tentera yang mengetuai satu unit renjer kadang kala memaksa dia menyerahkan penjagaan Natasya kepada orang lain dalam satu tempoh masa tertentu. Dia tidak mahu Natasya menyusahkan penjaganya dalam tempoh ketiadaannya itu. Ibu dan bekas ibu mertuanya pernah menyarankan untuk menyerahkan Natasya kepada mereka untuk dijaga tetapi dia berkeras menolak. Baginya, biarlah susah dan senang, anaknya itu membesar dihadapan matanya. Natasya adalah amanah yang Allah berikan kepadanya dan dia tidak mahu melepaskan amanah ini kepada orang lain.

Sebagai seorang bapa, dia perlu memastikan anaknya ini mendapat pendidikan yang sempurna untuk dunia dan akhirat. Tidak tertumpu pada pendidikan akademik sahaja. Baginya apabila Natasya membesar dihadapannya, dia dapat memastikan akhlak anaknya ini dijaga dengan baik kerana cabaran membentuk akhlak anak-anak di zaman moden ini sangat berbeza dengan zaman dahulu. Satu lagi sebab dia tidak mahu orang lain memelihara Natasya lebih-lebih lagi ahli keluarganya adalah kerana dia tidak mahu mereka memanjakan anaknya itu secara berlebihan hanya kerana anaknya itu tiada seorang ibu. Memanjakan anak secara berlebihan mampu merosakkan perangai mereka.

“Kamu dengar tak apa yang mak cakap ni Ajam?”

Nazam yang tersentak dengan teguran ibunya itu terus menjawab, “Mak ada cakap ke? Tak dengar pun. Mak cakap apa?”

“Sahlah kamu ni berangan. Ni mak tanya, kamu tak terlintas ke nak carikan mak baru untuk si Natasya? Kesian mak tengok cucu mak yang seorang tu. Kecil-kecil dah kena berdikari sendiri. Mak nak jaga dia kat kampung kamu tak benarkan.”

“Apa mak ni. Ajam kan dah beritahu yang Ajam nak tengok anak Ajam membesar depan mata Ajam. Ajam nak bentuk dia dengan tangan Ajam sendiri.”

“Itu mak tahu, sebab tu mak tanya kamu tak mahu ke carikan mak baru untuk anak kamu. Biar dia membantu kamu membesarkan Natasya. Sekurang-kurangnya kalau kamu perlu berkursus berbulan-bulan, ada juga yang menjaga anak kamu tu.”

“Ajam tak pernah terfikir mak. Lagipun Ajam tiada calon untuk mak baru Natasya”

“Kalau calon yang menjadi masalah, kamu jangan risau. Mak ada seorang calon yang sesuai untuk kamu dan Natasya. Anak dara kawan mak. Orangnya cantik, baik dan lemah lembut. Sesuai untuk menjadi ibu kepada cucu mak tu. Kamu cuma perlu kata setuju saja dan yang lain biar mak yang uruskan.”

Nazam hanya mampu ketawa buat beberapa saat selepas mendengar cadangan ibunya itu sebelum menyambung, “Mak.. hal nikah kahwin ini bukan hal main-main. Ini melibatkan masa depan untuk dua orang atau lebih. Lagipun calon yang mak ada ni anak dara. Bagilah dia peluang untuk dapat yang bujang. Mak jangan risau, Hal Ajam pandailah Ajam nak uruskan.”

“Habis tu, kalau kamu tidak mahukan anak dara, kamu mencari janda?” ibunya bertanya seperti tidak puas hati kerana Nazam menolak mentah-mentah cadangan beliau.

Nazam hanya tersenyum, “Anak dara atau janda bukan isunya. Isunya di sini mak, Ajam masih tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat ni.”

“Tapi…” ibunya ingin menyambung lagi namun dengan pantas Nazam memotong.

“Dah la tu mak. Dah lewat sangat ni. Mak pergi la berehat kat bilik.” Dan Nazam terus sahaja bangun menuju ke singki untuk membasuh cawan yang telah dia gunakan sebentar tadi. Dua tahun hidup tanpa isteri membuatkan dia betah untuk melakukan kerja-kerja dapur tanpa paksaan.

Nazam merebahkan dirinya ke atas katil seusai dia melakukan solat tahajud dan solat taubat. Amalan yang cuba dijadikan rutin bagi dirinya sementelah menyedari bahawa dia hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan tidak sempurna.

Nazam melepaskan satu keluhan kecil. Entah mengapa malam ini dia resah. Resah menanggung rindu pada seseorang. Rindu yang sekian lama disimpan kembali menyerang di saat soalan mencari pengganti ibu kepada Natasya dibangkitkan oleh ibunya tadi. Walaupun rasa rindu itu telah dititipkan di dalam doanya selepas solatnya tadi agar dia sentiasa bahagia bersama-sama doa buat arwah isterinya, namun rasa itu tidak mahu pergi dari hatinya malam ini.

Dia menarik laci paling bawah meja kecil di sebelah katilnya dan mengeluarkan sebuah kotak kayu. Di dalamnya terdapat sebuah kotak baldu berwarna merah berisi cincin bermata satu. Rekaan yang sederhana namun masih mampu mencuri perhatian. Dipilih sendiri oleh pemiliknya namun sayang dia tidak dapat menyerahkan cincin ini kepada pemiliknya kerana takdir mereka tidak membenarkan ianya terjadi.

Raihana Nadiah, walaupun hampir empat tahun berlalu namun nama ini tidak pernah sekalipun mahu hilang dari hatinya. Malah rasa rindu kepada pemilik nama ini lebih kerap menyinggahi hatinya setelah Hanum, isterinya kembali kepada penciptaNya. Namun dia sedar akan kesilapannya dulu, dia tidak tegar untuk mencari kembali pemilik nama ini. Walaupun kadang-kala rasa rindu itu seperti mahu meletupkan hatinya.

Mengenang kembali detik permulaan perkenalan antara dia dan Nadiah, pasti membuahkan satu senyuman di bibirnya. Nadiah bukan seorang gadis yang biasa disaat pertama kali matanya menangkap kelibat gadis ini. Dia gadis yang tegas dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Waktu itu Nadiah adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di pantai timur dan dia adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan proses penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berjalan lancar. Dan insiden dia dimarahi oleh oleh Nadiah kerana bantuan barangan lambat sampai kepada mangsa banjir membuatkan dia betul-betul tercabar kerana selama dia berkhidmat sebagai seorang kapten, tidak pernah lagi dia dimarahi sebegitu rupa walaupun dia tahu kelewatan itu adalah kesilapan dari pihaknya.

Hubungan dia dan Nadiah tidak terhenti setakat itu sahaja kerana selepas program bantuan itu, dia masih perlu berhubung dengan Nadiah untuk membuat laporan. Hubungan yang pada mulanya tegang dan hanya berkisar tentang kerja mula bertukar rentak. Nadiah yang pada luarannya nampak tegas rupanya adalah seorang yang lembut dan berjiwa sensitif serta manja dan sedikit degil. Sifat-sifat yang ada di dalam diri Nadiah ini amat menarik perhatiannya sebagai seorang lelaki. Dan tanpa disangka mereka berkongsi perasaan yang sama. Di sinilah kesilapan paling besar dilakukan olehnya iaitu dia tidak berterus terang bahawa dia sudah berkahwin dan bakal menjadi ayah. Waktu itu usia perkahwinannya bersama Hanum baru menginjak usia satu tahun. Bukan niatnya untuk curang dengan isterinya dan untuk menipu serta mempermainkan perasaan Nadiah. Namun, semua itu berlaku diluar kawalan dirinya. Rasa yang hadir untuk Nadiah adalah rasa yang ikhlas datang dari hatinya. Sementelah Nadiah sendiri tidak pernah bertanya, dia terus menerus mendiamkan perkara itu.

Di pihak Hanum pula, dia sehabis baik berpelakuan seperti biasa. Mana mungkin dia mengecewakan wanita sebaik isterinya itu. Walaupun Hanum hanya wanita biasa di mata orang lain, namun dimatanya sebagai seorang suami, Hanum tetap mempunyai auranya sendiri. Dia mengaku waktu itu dia tamak. Mahukan kasih dari dua wanita ini. Hanum dan Nadiah. Dia nekad untuk mengamalkan poligami lalu dia belajar memahami apa itu poligami sebagai persediaan.

Untuk berpoligami, seseorang itu haruslah mampu berbuat adil untuk para isterinya serta anak-anak dari para isterinya. Tidak boleh condong kepada salah satu kerana ia akan mengakibatkan kezaliman kepada isteri yang lain. Selain daripada itu, si pengamal poligami haruslah menjadi lebih bertakwa dan rajin dalam beribadah apabila dia mula mengamalkannya. Jika ianya berlaku sebaliknya, maka dia tidak pantas untuk berpoligami kerana apabila berpoligami, sang suami perlu menjaga isteri-isterinya agar tidak terjerumus dalam keburukan dan kerosakan. Dan syarat asas dalam kehidupan berpoligami adalah mampu untuk memenuhi segala nafkah zahir para isterinya. Andai nafkah zahir seorang isteri tidak mampu dipenuhi, mana mungkin seorang lelaki itu layak untuk berpoligami. Bagi Nazam, dia mampu untuk melakukan semua ini kerana rasa kasih dan sayangnya kepada dua wanita ini.

Selama hampir lapan bulan hubungan antara dia dan Nadiah, dia berusaha untuk menjaga batas hubungan mereka kerana dia percaya, jika dia betul-betul sayang dan ikhlas mahukan seorang wanita itu, dia seharusnya menjaga maruah wanita itu. Tidak sewenang-wenangnya menyentuh mereka walaupun pada waktu itu berpegangan tangan antara pasangan kekasih adalah perkara biasa. Walaupun dia mengaku, seringkali dia menuturkan ayat-ayat yang mampu menghanyutkan jiwa seorang Nadiah, namun perkara yang satu ini teguh dijaga. Perhubungan jarak jauh antara mereka merupakan satu faktor yang amat membantu dalam usaha dia menjaga batas pergaulan antara mereka.

Sepanjang lapan bulan itu juga, telah banyak yang dia rancangkan untuk membawa perhubungan mereka ke peringkat seterusnya. Walaupun Nadiah pada mulanya sukar untuk menerima semua apa yang telah dia rencanakan kerana merasa hubungan mereka masih terlalu awal, dia tetap terus meyakinkan bahawa ini adalah rencana terbaik buat mereka berdua. Nadiah sering menggelarnya sebagai “pemimpin yang tidak mengamalkan demokrasi” kerana sikapnya yang suka merancang tanpa berbincang. Sebenarnya itu semua dia lakukan kerana dia takut Nadiah hilang darinya apabila kebenaran yang disembunyikan olehnya selama ini diketahui sebelum waktunya.

Dia mampu meyakinkan Nadiah tentang keseriusan niatnya apabila dia secara spontan membawanya membeli cincin. Cincin yang ada digenggamannya ini adalah milik seorang Raihana Nadiah yang sepatutnya disarungkan ke jari manis tuan empunya badan di majlis pertunangan mereka yang telah dirancang diadakan apabila dia pulang dari kursus selama empat bulan di Sabah.

Namun benarlah kata orang dulu-dulu. Kita manusia hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah S.W.T. Bangkai gajah mana mungkin dapat ditutup dengan nyiru. Rahsia yang selama ini disorokkan sampai ke pengetahuan Nadiah sewaktu ketiadaan dirinya kerana sedang berkursus di Sabah. Nadiah waktu itu tidak terus melatah untuk mencari kebenaran darinya tetapi dia tahu bahawa Nadiah sangat kecewa dengan dirinya ketika itu kerana dia tidak jujur selama ini. Tidak akan dia lupa hari itu. Hari dimana dia terpaksa membentangkan segala kebenaran dan hari itu juga menjadi saksi dia kehilangan Nadiah.

Hari itu dia telah berjanji untuk menjemput kekasih hatinya itu pulang dari tempat kerjanya. Rencananya hari itu adalah untuk membincangkan tentang rancangan pertunangan mereka. Waktu itu, dia baru seminggu pulang dari kursus. Namun lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Dari awal Nadiah masuk ke keretanya, dia dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana kekasihnya itu bukanlah seorang yang pandai menyembunyikan perasaannya. Setiap apa yang dia rasa akan terpancar di raut wajahnya yang putih itu. Namun dia tidak dapat meneka apa yang tidak kena pada Nadiah petang itu sehinggalah selepas makan dan solat Maghrib, Nadiah bertanya satu soalan yang baginya bagai bom yang memusnahkan Hiroshima.

“Awak.. Kalau saya tanya soalan ini, awak jawab dengan jujur boleh?” Nadiah memulakan perbualan.

“Pernahkah saya tak jawab setiap soalan awak” ringkas dia menjawab dengan senyuman.

“Siapa Nur Hanum binti Ahmad Nasir? Dan siapa pula Natasya Raihana binti Mohd Nazam?” nampak tenang dah bersahaja namun dari suaranya, dia tahu Nadiah sedang menahan rasa. Dan dia seperti tercekik biji kurma mendengarkan soalan yang keluar dari mulut Nadiah. Soalan yang memang tidak disangkan akan ditanya ketika ini. Ketika dia ingin membincangkan tentang masa depan hubungan mereka. Senyuman dibibirnya terus mati.

“Saya harap sangat awak jawab soalan saya ini dengan jujur.” Nadiah memandangnya dengan penuh pengharapan. Di saat itu dia tahu adalah lebih baik untuk dia berterus terang dari menegakkan benang yang basah kerana dia yakin bahawa Nadiah telah tahu rahsianya.

“Kat mana awak tahu tentang mereka berdua?” lain yang ingin dijawab, lain pula yang terlafaz.

“Saya yang bertanya dahulu kenapa saya yang kena menjawab?” Nadiah sudah naik angin.

“Nadiah.. dengar sini sayang.. saya janji saya akan jawab semua soalan awak tapi selepas awak jawab soalan saya tu.” Dia cuba untuk menenangkan keadaan.

“Jangan panggil saya sayang. Tolonglah.” Nadiah mula mahu menitiskan air mata.

“Dah memang saya sayang awak.” Pengakuan jujur darinya.

Akhirnya dia dapat memujuk Nadiah untuk bercerita. Rupanya Nadiah mengenali Hanum melalui adik sepupunya yang merupakan adik angkat kepada Hanum. Mereka bertemu pertama kali di rumah orang tua Hanum di Kajang sewaktu majlis kesyukuran untuk anak mereka, Natasya Raihana. Tidak Nazam sangka bahawa kebenaran yang disembunyikan selama ini diketahui bukan dari dirinya sendiri dan disaat dia tiada di situ.

Namun Nadiah tidak melatah waktu dia bertemu empat mata dengan Hanum, malah dia cuba mendapatkan sebanyak mana maklumat yang dia perlukan seperti nama penuh Hanum, tarikh perkahwinan mereka dan lain-lain maklumat yang dia mahukan sebagai persedian untuknya bertemu malam itu. Ternyata Nazam terkedu mendengar keseluruhan cerita dari Nadiah waktu itu. Sebahagian dari dirinya bersyukur kerana Nadiah tidak membocorkan hal mereka kepada Hanum, tetapi sebahagian lagi dari dirinya ingin meletup kerana dia dapat merasakan yang dia bakal kehilangan Nadiah.

Setelah selesai bercerita, Nadiah terus memandangnya tajam dengan air mata bergenang dimatanya yang bening itu. “Saya dah jawab soalan awak. Sekarang giliran awak untuk jawab soalan saya tadi.”

Nazam memandang wajah Nadiah dengan pandangan yang tidak tertafsir. Tidak sanggup dia memberi jawapan kepada soalan Nadiah itu, tetapi dia juga tahu yang berdiam diri bukanlah satu pilihan yang baik. Akhirnya dia hanya menjawab, “Awak dah tahu jawapan untuk soalan-soalan awak.”

“Memang saya dah tahu jawapannya tapi sekarang saya nakkan jawapan itu datang dari mulut awak sendiri.” Ketegasan dan kedegilan seorang Raihana Nadiah sangat terserlah waktu itu.

“Kenapa mesti saya jawab soalan itu kalau saya tahu jawapan itu akan melukakan hati awak Nadiah?” perlahan dia bertanya kembali kepada Nadiah. Nazam tahu waktu itu Nadiah sedang menahan perasaan marah dan sebagai subjek kemarahan Nadiah, Nazam sedar yang dia juga tidak boleh dibelenggu emosi waktu itu.

“Saya memang dah terluka. Apa sangat kalau terluka lagi. Tak terkesan pun.” Nadiah menjawab sinis.  Nazam hanya berdiam untuk meredakan keadaan mereka.

Setelah agak lama mereka berdiam, Nadiah kembali besuara. Tapi kali ini suaranya kedengaran lebih tenang. “Kalau awak tak nak jawab soalan saya tadi, tolong jawab soalan saya kali ini. Siapa saya? Skandal? Perempuan simpanan? Atau seorang yang awak gunakan untuk melepaskan kebosanan?”

“Awak adalah bakal isteri saya.” Pantas, tegas dan yakin Nazam menjawab. Gaya seorang ketua memberi arahan kepada anak buahnya.

Nadiah hanya ketawa mendengar jawapan Nazam. Ketawa yang penuh dengan kesedihan sebelum dia menyambung, “Bakal isteri? Awak bergurau? Atau awak bercakap di luar sedar?”

“Awak kenal saya Nadiah. Saya bukan manusia yang suka becakap tentang sesuatu yang saya tak yakin.”

“Nur Hanum?”

“Saya mampu Nadiah untuk menjaga awak dan dia.”

“Mudahnya lelaki berfikir. Asal pendapatan besar sikit, berangan-angan untuk berpoligami. Awak ingat poligami ini satu perkara yang mudah?”

“Saya tak cakap yang hidup berpoligami ini adalah sesuatu yang mudah tapi saya yakin yang saya mampu.”

“Awak mungkin yakin Nazam, tapi tidak saya. Saya juga yakin bahawa Nur Hanum pasti tidak mahukan perkongsian seperti ini. Cukuplah sampai di sini hubungan kita. Saya tak sanggup membina mahligai impian saya dari airmata wanita lain. Saya tak nampak masa depan kita.”

“Tiada yang pasti tentang masa depan Nadiah sebab masa depan tiada perjanjian hitam putih. Tapi saya tahu yang saya mahu masa depan bersama awak.” Tenang Nazam menjawab.

“Nazam, saya berterima kasih pada awak. Selama kita berkenalan, awak baik terhadap saya. Hormati saya sebagai seorang perempuan. Hargai saya sebagai seorang kekasih. Awak membuatkan saya melukis awak sebagai insan sempurna di hati saya. Jadi, saya minta tolong pada awak, pergilah kembali kepada keluarga awak. Masa depan awak dengan mereka. Bukan saya. Tinggalkan saya dengan semua ini. Jangan memaksa saya untuk menukar lukisan awak di hati saya kerana saya tidak sanggup walaupun tindakan awak menipu saya amat membuat hati saya sakit.” Sayu Nadiah meminta.

“Awak sanggup suruh saya tinggalkan awak sedangkan hati awak tak. Keputusan apa yang awak buat ni Nadiah?”

“Inilah keputusan saya. Jangan awak pertikaikan. Lagipun saya berpegang dengan kata-kata awak dulu. Andai ada orang lain di antara kita, hubungan ini akan terhenti serta merta. Jangan kita mencari antara satu sama lain.”

Terpempan Nazam mendengar kata-kata Nadiah. Terkedu kerana dia dimakan sendiri oleh kata-katanya. Mana mungkin dia lupa tiap patah perkataan yang dia lafazkan waktu itu. Waktu dia meyakinkan Nadiah disaat kekasihnya itu cuba menolak niat hatinya untuk membawa hubungan mereka ini lebih jauh sedangkan dia lupa bahawa waktu itu dialah yang telah mempunyai Nur Hanum.

Malam itu hanya kesunyian yang menemani sewaktu dia menghantar Nadiah pulang. Nazam tidak mempunyai kekuatan untuk memujuk Nadiah waktu itu sementara Nadiah pula hanya membuang pandangan keluar walaupun waktu itu hanya gelita diluar sana. Apabila sampai diperkarangan rumah, sebelum Nadiah melangkah keluar dari keretanya, mereka berbalas pandangan. Agak lama. Pendangan seakan tidak merelakan perpisahan yang akan berlaku. Namun perpisahan itu jua yang menjadi pilihan Nadiah.

Melihat wajah mendung kekasihnya itu membuatkan Nazam hilang kata-kata. Ingin sekali dia memeluk kekasihnya itu bagi meredakan kegalauannya namun tidak mungkin dia melakukan semua itu. Nadiah masih lagi seorang wanita yang perlu dia jaga maruahnya sebagai seorang perempuan. Tidak sewenang-wenangnya dia berkelakuan lepas laku terhadap orang yang dia sayang.

Malam itu menjadi saksi kekalahan Nazam memenangi hati seorang Nadiah kerana sikap ketidakjujurannya. Sejak malam itu juga, Nazam telah berjanji untuk terus setia kepada cintanya kepada Hanum dan Nadiah. Cukuplah dua wanita ini yang ada di dalam hatinya untuk sepanjang hayat walaupun selepas itu dia tidak pernah lagi terserempak dengan Nadiah walaupun secara kebetulan.

Namun benarlah kata peribahasa, orang tamak selalu rugi. Akibat sikap tamak mahukan kasih dari dua wanita itu, Nazam bukan sahaja kehilangan Nadiah malah dia juga kehilangan Nur Hanum.

Enam bulan selepas perpisahan dia dan Nadiah, Nazam dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa isterinya, Hanum menghidap sakit leukimia yang juga dikenali sebgai kanser darah. Waktu itu Natasya baru menginjak umur setahun.

Semasa isterinya disahkan menghidap leukimia, sakitnya itu telah sampai ke tahap yang kritikal. Untuk tempoh satu tahun isterinya terpaksa bergantung hidup dengan ubat-ubatan  yang dibekalkan oleh pihak hospital. Sepanjang tempoh itu juga, isterinya berulang ke hospital untuk melakukan sesi kimoterapi sepertimana yang dicadangkan oleh doktor. Sebagai seorang suami yang telah berjanji untuk setia, Nazam sehabis baik berbakti untuk Nur Hanum. Tidak pernah sekali pun dia merungut. Baginya mungkin ini adalah balasan kepadanya kerana telah menghancur hati seorang wanita sebaik Nadiah.

Niat Nazam untuk terus menyimpan kisah dia dan Nadiah daripada pengetahuan Nur Hanum tidak kesampaian apabila pada suatu hari dia dan isteri telah membuat satu sesi luahan hati. Waktu itu Hanum telah meminta dia berterus terang jika ada apa-apa perkara yang selama ini mereka suami isteri sembunyikan dari pengetahuan masing-masing. Pada awalnya dia hanya mahu mendiamkan sahaja perkara mengenai Nadiah namun melihat keadaan Hanum, dia tidak tega untuk terus mendiamkan diri. Air mata lelakinya gugur jua disaat dia meminta maaf kepada isterinya kerana berlaku curang.

Dia ingat lagi bagaimana penerimaan arwah isterinya terhadap perkara itu. Hanum tidak marah walaupun sedikit. Katanya, jika dia mengetahui perkara itu lebih awal mungkin dia akan marah dan kecewa sepertimana isteri-isteri orang lain yang mengetahui bahawa suaminya curang namun dia bersyukur kerana perkara itu Nazam menjadi lebih bertanggungjawab lebih-lebih lagi semasa dia sakit. Tetap setia berbakti untuk isterinya yang memang telah dijangka hayatnya.

Ketika Hanum dijemput Ilahi, Nazam meredhai pemergian isterinya itu kerana itulah perancangan terbaik yang telah diatur Allah untuk mereka berdua. Hanya permintaan terakhir Hanum tidak mampu untuk Nazam lakukan sehingga kini iaitu mencari seorang ibu yang terbaik untuk menjaga Natasya bagi menggantikannya.

Dalam keadaan bergurau waktu itu Hanum berkata, andai selepas pemergiannya ditakdirkan bahawa Nazam dan Nadiah bertemu kembali dan kedua-duanya tidak terikat dalam sebarang ikatan perkahwinan, maka dia meminta agar mereka berdua menyambung kembali ikatan kasih mereka kerana dia dapat merasakan bahawa Nadiah adalah insan terbaik yang mampu menggantikannya. Nazam hanya mampu tersenyum mendengar permintaan arwah isterinya itu kerana dia tahu keberangkalian untuk semua itu berlaku adalah mustahil kerana waktu itu dia mendapat tahu daripada salah seorang kenalannya yang juga kenalan Nadiah, bahawa Nadiah telah berkahwin dan sedang mengandung anak sulung.

Hanya doalah yang menjadi medium dia menyalurkan rasa rindu kepada kedua bekas kekasihnya ini, Hanum dan Nadiah. Tidak terlintas di hatinya untuk mencari pengganti mereka. Tumpuannya kini hanyalah kepada anaknya, Natasya Raihana serta kerjayanya.
Perpindahannya ke selatan tanah air ini juga adalah kerana tuntutan kerjayanya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Secara automatik Nazam mengesat matanya yang dirasakan basah dan meletakkan kembali cincin digenggamannya kembali ketempat asal sebelum dia turun dari katil untuk membuka pintu. Rupanya Natasya yang berada di luar biliknya.

“Daddy.. boleh Tasya tidur dengan daddy malam ni?” Natasya terus meminta izin daripadanya sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Walaupun Natasya adalah satu-satunya zuriat yang dia ada kini, namun dia tidak pernah untuk memanjakan anaknya itu secara berlebihan. Dari awal dia telah mengajar Natasya untuk tidur dibiliknya sendiri dan dia perlu meminta izin jika dia ingin tidur ditempat lain selain dari biliknya.

Nazam hanya menganggukan kepala tanda memberi keizinan untuk anaknya masuk ke bilik tidurnya. Sewaktu membetulkan letak selimut untuk anaknya, Nazam bertanya, “Tadi bukan Tasya dah tidur ke? Macam mana boleh terjaga?”

“Tasya mimpi mama. Mama cakap dia rindukan Tasya dan daddy. Mama tanya Tasya sama ada Tasya rindukan dia atau tak. Tasya jawab yang Tasya rindukan mama juga. Tasya pun cakap yang daddy rindukan mama.” petah jawapan anaknya.

Terhenti seketika segala perbuatan Nazam. Walaupun Natasya baru berusia dua tahun ketika Hanum meninggalkan mereka, namun waktu itu Natasya sudah mula mengenal orang terdekatnya. Tambahan pula, walaupun Hanum telah tiada, keluarga di kedua belah tidak pernah jemu untuk bercerita tentang Hanum kepada Natasya. Dengan cara inilah Natasya mengenal mamanya.

“Tapikan daddy, mimpi kali ni peliklah. Mama pesan kat Tasya, minta daddy carikan mummy baru untuk Tasya. Mummy yang namanya sama dengan Tasya. Apa maknanya daddy?” Natasya menyambung cerita.

Nazam hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. “Itu tandanya mama nak Tasya selalu doakan mama. Dah lewat ni sayang. Tasya pergi sambung tidur. Selamat malam sayang.”

Nazam menatap wajah anaknya yang telah lena. Mengingati apa yang dibicarakan tentang mimpinya. Di dalam hati dia berdoa andai benar akan ada jodohnya lagi, biarlah jodohnya itu setanding dengan dua kekasih di hatinya kini.

Tuesday, May 6, 2014

IN HEAVEN

As of night now, I can't say anything
The miracle of you, it all seems like a fantasy
The last image of you seems to be locked only in my memories
I wonder if you are watching me from somewhere
Even if I regret, it's too late I can't see you anymore
The tears of the shadows of my memories
Are watching over the place
I can't say those words, I really can't
As much as you were by my side
I;m sorry but I can't, everything comes shaking back to me now
By waiting a little more, by wondering through my dreams
I'm afraid I will close my eyes inside of you

(Don't leave, don't leave) can't you stay by my side
(Lies, all lies) I don't hear anything
(I love you, I love you) can't you show me those words?
(I love you, I love you) will you love me again?

Time already passed like this
I try looking for your traces but they are erased
The last memories of you are locked in the rims of my tears
Just end it, end me
If you're not going to be next to me
I'm sorry but I'll leave now, following your footsteps
Following the road with no ends, as I wonder to find you
I'm afraid I will lose you and be sad

(Don't leave, don't leave) can't you stay by my side
(Lies, all lies) I don't hear anything
(I love you, I love you) can't you show me those words?
(I love you, I love you) will you love me again?

Don't leave, don't leave can't you stay
Lies, lies I don't hear anything
I love you, I love you can't you show me?
Can't you love me, love me, love me?

Don't leave, don't leave can't you stay
Lies, lies I don't hear anything
I love you, I love you can't you show me?
Please come back

(Don't leave, don't leave) can't you stay by my side
(Lies, all lies) I don't hear anything
(I love you, I love you) can't you show me those words?
(I love you, I love you) will you love me again?

Wednesday, April 16, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN

hari 16 April 2014..
tarikh lahir salah sorang kawan aku..
kawan yang aku kenal sewaktu menuntut ilmu..
di negeri cik siti wan kembang..

aku dah plan nak wish dia malam tadi..
tepat jam 12 malam..
tapi plan tinggal plan sebab..
aku khusuk sgt main games..
sedar sedar dah jam 2 pagi..

pagi pulak lepas sarapan..
sakit perut pulak..
tergendala lagi nak buat wish..

hari ni pulak ada kelas kat workplace..
sampai jam 2..

ketepak ketepuk..
last last jam 3 baru ada masa..

so di sini aku nak mengucapkan
selamat hari lahir yang ke 26..
buat kawan ku
NURNAQIAH IBRAHIM

semoga umur baru ni membawa kehidupan
yang lebih sempurna dalam menggalas tugas
sebagai khalifah di bumi Allah.

aku mungkin kawan yang terbaik yang kau ada..
tapi sebagai kawan aku tetap akan mendoakan..
kebahagian kau dunia akhirat..
hanya ini hadiah yang aku mampu berikan..





Thursday, March 6, 2014

FT ISLAND – YOU DON’T KNOW MY FEELING

I never see the person I loved again
I never see the person I loved ever again
So I can erase everything from memories
So I can live

I never see the person I said goodbye to again
I never see the person I said goodbye to ever again
So I won’t recognize even we passed by chance
So we will never cross

Not knowing my heart, not knowing my heart
Don’t hate me not knowing I love you
I’m trying to let you go while I still love you
Don’t foolishly feel hurt not knowing that
Not knowing my heart

I never see the person I loved again
I never see the person I said goodbye to ever again
So I won’t recognize even we passed by chance
So we will never cross

Not knowing my heart, not knowing my heart
Don’t hate me not knowing I love you
I’m trying to let you go while I still love you
Don’t foolishly feel hurt not knowing that
Not knowing my heart

Don’t cry not knowing my heart
Don’t speak in hate, my heart collapse and drains
I want to hold on to you I want to hold on to you again
But my heart cannot say anything rips apart again
Be happy, you have to be happy
That’s why I am letting you go

So please be happy

Sunday, February 2, 2014

EVERTIME WE TOUCH

I still hear your voice when you sleep next to me
I still feel your touch in my dream
Forgive me my weakness
I don't know why
Without you it's hard to survive

'Cos everytime we touch I get this feeling
And everytime we kiss we kiss I swear I can fly
Can't you feel my heart beat fast
I want this to last
Need you by my side

'Cos everytime we touch I feel the static
And everytime we kiss I reach for the sky
Can't you hear my heart beat slow
I can't let you go
Want you in my life

Your arms are my castle
Your heart is my sky
They wipe away tears that I cry
The good and the bad times
We've been through the more
You make me rise
When I fall


JANJI ALLAH ITU PASTI

mati itu pasti hidup pula insya Allah..

lebih kurang 15 minit yang lalu
aku mendapat perkhabaran dari rakan facebook ku
yang merangkap bekas housemate ku ketika di kelantan
bahawa rakan karibnya yang juga bekas housemate kami
telah pergi mengadap Ilahi pada hari khamis lepas..

sungguh aku terkejut dengan berita ini..
ini adalah kerana..
dalam dua minggu ini..
aku memang ada teringatkan arwah..
lebih-lebih lagi..
apabila aku menonton drama korea..
yang pernah kami tonton bersama..

arwah merupakan seorang yang memahami..
ingat lagi sewaktu aku dan beberapa orang lagi penghuni rumah sewa telah demam serentak..
arwahlah yang bertindak menjadi seperti ibu kepada kami..
mememankan kami ke hospital dan memasak untuk kami..

dan sesuatu yang aku kagum dengan arwah..
dia sangat cekap di dapur..

namun takdir tuhan tiada siapa dapat menghalang..
perginya dia ketika berumur 27 tahun.
sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia..
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali..

Alfatihah buat arwah Siti Hazirah dari Pulau Pinang

Tuesday, January 7, 2014

BOUGAINVILLA - PACKY SIDDIQUE



permulaan novel ini pembaca akan diperkenalkan dengan watak nina yang mana minteri kehilangan watak ini menjadi enjin penggerak bagi novel ini. kemudian pembaca akan mula mengenali watak kimi, kekasih nina yang masih mahu mencari jawapan di atas kehilangan nina walaupun 10 tahun telah berlalu, deena gadis yang seiras dengan nina, pak mat lelaki yang penuh misteri, zackry lelaki yang penuh dendam terhadap kimi serta abang lan sepupu kepada zackry yang teguh meyimpan kesedihan hati kerana ditinggalkan isteri serta mr macho dan mr mushi mushi. menjadikan penang sebagai latar utama bagi novel ini selain dari shah alam.

misteri kehilangan nina mula dirungkai apabila deena mengikut keluarganya berpindah ke penang dan menyewa rumah keluarga nina yang telah lama dikosongkan. bermula dengan didatangi mimpi seseorang yang mempunyai wajah seirasnya dan meminta pertolongannya, deena terus mengalami perkara yang membawanya kepada kimi.

sementara itu, kimi yang kini bertugas sebagai anggota polis sedang berhempas pulas menyelesaikan satu kes pembunuhan seorang gadis muda. kes pembunuhan ini seakan menemui jalan buntu kerana bukti yang pihak polis ada tidak membawa mereka ke mana-mana.

di pertengahan cerita, pembaca akan mendapat jawapan kepada persoalan mengapa zackry sangat berdendam dan memusuhi kimi. di sini pembaca akan mula meneka siapakah yang menjadi dalang kepada kehilangan nina. persoalan demi persoalan yang timbul semasa kimi menjalankan siasatan kes pembunuhan itu juga memaksa pembaca berfikir sama ada kes ini mempunyai hubung kait dengan misteri kehilangan nina atau tidak.

di saat deena membantu kimi menyelesaikan misteri kehilangan nina, dia tidak sedar bahawa ada satu perasaan yang indah telah menyelusup di dalam hatinya. namun perasaan itu hanya mampu di simpan jauh di lubuk hati kerana dia tahu selagi mana kimi tidak mengetahui kebenaran tentang kehilangan nina, selagi itulah hati kimi tertutup untuk wanita lain.

kisah ini menjadi lebih saspen apabila individu yang mempunyai potensi besar untuk menjadi suspek utama telah mati di bunuh. dalam pada itu deena akhirnya menemui diari merah jambu milik nina yang dipercayai boleh menjadi kunci kepada jawapan yang dicari selama ini.

klimaks untuk cerita ini adalah apabila deena telah diculik dan ditawan oleh suspek kepada kes pembunuhan yang sedang di siasat oleh kimi serta kes-kes kehilangan gadis muda yang tidak dapat diselesaikan di sekitar penang. dan yang mengejutkan suspek adalah terdiri daripada orang yang sering berada di sekeliling deena.

di penghujung cerita, akhirnya misteri kehilangan nina dapat dirungkai walaupun ia mengundang hiba untuk semua yang menyayanginya. siapa sangka gadis selembut nina diperkosa, di bunuh dah disemadikan di kawasan rumahnya sendiri dan dia tidak berseorangan bersemadi di situ.