Tuesday, January 7, 2014

BOUGAINVILLA - PACKY SIDDIQUE



permulaan novel ini pembaca akan diperkenalkan dengan watak nina yang mana minteri kehilangan watak ini menjadi enjin penggerak bagi novel ini. kemudian pembaca akan mula mengenali watak kimi, kekasih nina yang masih mahu mencari jawapan di atas kehilangan nina walaupun 10 tahun telah berlalu, deena gadis yang seiras dengan nina, pak mat lelaki yang penuh misteri, zackry lelaki yang penuh dendam terhadap kimi serta abang lan sepupu kepada zackry yang teguh meyimpan kesedihan hati kerana ditinggalkan isteri serta mr macho dan mr mushi mushi. menjadikan penang sebagai latar utama bagi novel ini selain dari shah alam.

misteri kehilangan nina mula dirungkai apabila deena mengikut keluarganya berpindah ke penang dan menyewa rumah keluarga nina yang telah lama dikosongkan. bermula dengan didatangi mimpi seseorang yang mempunyai wajah seirasnya dan meminta pertolongannya, deena terus mengalami perkara yang membawanya kepada kimi.

sementara itu, kimi yang kini bertugas sebagai anggota polis sedang berhempas pulas menyelesaikan satu kes pembunuhan seorang gadis muda. kes pembunuhan ini seakan menemui jalan buntu kerana bukti yang pihak polis ada tidak membawa mereka ke mana-mana.

di pertengahan cerita, pembaca akan mendapat jawapan kepada persoalan mengapa zackry sangat berdendam dan memusuhi kimi. di sini pembaca akan mula meneka siapakah yang menjadi dalang kepada kehilangan nina. persoalan demi persoalan yang timbul semasa kimi menjalankan siasatan kes pembunuhan itu juga memaksa pembaca berfikir sama ada kes ini mempunyai hubung kait dengan misteri kehilangan nina atau tidak.

di saat deena membantu kimi menyelesaikan misteri kehilangan nina, dia tidak sedar bahawa ada satu perasaan yang indah telah menyelusup di dalam hatinya. namun perasaan itu hanya mampu di simpan jauh di lubuk hati kerana dia tahu selagi mana kimi tidak mengetahui kebenaran tentang kehilangan nina, selagi itulah hati kimi tertutup untuk wanita lain.

kisah ini menjadi lebih saspen apabila individu yang mempunyai potensi besar untuk menjadi suspek utama telah mati di bunuh. dalam pada itu deena akhirnya menemui diari merah jambu milik nina yang dipercayai boleh menjadi kunci kepada jawapan yang dicari selama ini.

klimaks untuk cerita ini adalah apabila deena telah diculik dan ditawan oleh suspek kepada kes pembunuhan yang sedang di siasat oleh kimi serta kes-kes kehilangan gadis muda yang tidak dapat diselesaikan di sekitar penang. dan yang mengejutkan suspek adalah terdiri daripada orang yang sering berada di sekeliling deena.

di penghujung cerita, akhirnya misteri kehilangan nina dapat dirungkai walaupun ia mengundang hiba untuk semua yang menyayanginya. siapa sangka gadis selembut nina diperkosa, di bunuh dah disemadikan di kawasan rumahnya sendiri dan dia tidak berseorangan bersemadi di situ.


No comments:

Post a Comment