Friday, July 5, 2013

NOVEL 13 JAM - A380 (BAB 28)

http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


13 JAM - A 380
BAB 28



Haydar..

Terkelu aku seketika melihat apa yang hadir di hadapan mataku ini. Dia yang tidak pernah aku harap muncul kembali setelah apa yang aku lalui di lapangan terbang sebelum ini.

Ekspresi wajahnya nampak terkejut dan keliru. Mungkin kerana kehadiranku bersama seorang kanak-kanak yang memanggilku mommy. Dan aku sendiri malas untuk meneka apa yang ada difikiran Haydar waktu ini. Haydar seakan mahu menuturkan sesuatu sebelum secara tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

Fawwaz..

“Hana.. Awak dimana? Saya baru sahaja selesai mesyuarat.” Fawwaz terus sahaja bertanya sebaik sahaja talian bersambung.

“Owh. Tunggu sekejap. Saya bawa Emmel bersiar-siar.” Sebaik sahaja talian ditamatkan aku terus menarik tangan Emmel yang sememangnya tidak aku lepaskan sejak tadi.

“Come dear. Daddy is waiting us at his office.”

Seakan rasa biadap berlalu tanpa mengucapkan apa-apa aku berpaling kepada Haydar.

“Thank you young man.”

Saat aku berpaling semula untuk meneruskan langkah, Haydar bersuara. Mungkin dia baru menemui pita suaranya yang hilang tadi ketika melihat aku.

“Wait. Are you Malaysian?”

Kaki yang baru hendak melangkah terhenti dan aku berpaling semula kepadanya dengan kerutan di dahi menandakan bahawa aku tidak dapat mencerna soalanya itu. Seperti memahami ekspresi wajahku yang mahukan penjelasan, Haydar meneruskan kata-katanya.

“I think I know you but I can’t remember where we are met.”

Dengan penjelasannya itu, baru aku dapat memahami akan maksud soalannya yang pertama tadi serta ekspresi wajahnya ketika melihat aku di awal pertemuan tadi.

Air mataku umpama hendak menitis di saat itu juga bila menyedari akan hakikat bahawa kehadiranku disisinya seperti tiada makna. Memori 13 jam itu langsung tidak berbekas dihati Haydar. Dan betullah katanya tempoh hari bahawa aku ini umpama dadah kepadanya.

Aku cuba untuk senyum walaupun dalam kepayahan dan aku dapat merasakan bahawa senyuman aku itu sangat pahit.

“Yeah. I am Malaysian but we were never met.”

Hatiku seperti disiat belati bila selasai menuturkan ayat ini. Apabila Haydar ingin membuka mulut untuk meneruskan perbualan, pantas aku memintas.

“Sorry I have to go now. Her daddy is waiting for us.” Aku merujuk kepada Emmel.

Belum sempat Haydar membalas aku terus berlalu bersama Emmel yang hanya berdiam diri sejak tadi. Separuh dari hatiku seakan tidak merelakan perbuatanku kepada Haydar tadi tetapi separuh lagi hatiku berkata itulah yang terbaik untukku buat masa ini. Disaat aku sedang mencari kembali akan tujuan sebenar hidup ini, biarlah soal jodoh itu datang dengan sendiri. Sementelah aku percaya, andai aku tercipta dari tulang rusuk Haydar, lambat atau cepat, aku pasti akan bersamanya jua. Memori 13 jam terbang di awan itu biarlah aku simpan kemas-kemas disudut hati ini kerana hanya itu sahaja kenangan yang aku ada bersama dia, walaupun ia tidak bermakna pada pihak Haydar.

“Mommy.” Emmel bersuara buat kali pertama selepas dia dimarahi olehku tadi kerana bermain jauh dari pandangan mataku ini. Suaranya seakan masih takut andai aku masih marah kepadanya.

“Yes dear. Why? Are you tired?” aku cuba mencerikan suasana yang agak tegang ini. Dalam pada masa yang sama aku cuba untuk tidak melibatkan Emmel ke dalam konflik hatiku ini.

Emmel menggeleng sambil tersenyum. Ternyata senyumannya itu berjaya membawa pergi  kesedihan aku terhadap peristiwa tadi.  Sekali lagi hati ini terdetik marahkan ibu kandung Emmel yang sanggup meninggalkan kanak-kanak secomel Emmel ini hanya kerana marahkan si ayah yang tidak bertanggungjawab. Umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar.

“Mommy, are you still mad with me?” tiba-tiba Emmel bertanya.

“No dear. I was worried when you are not around me. Luckily has a young and handsome guy with you.” Aku cuba untuk menenangkan hati Emmel yang mungkin masih risau marahku padanya masih bersisa dan dalam masa yang sama aku seakan tidak mampu untuk membuang figura Haydar dari minda ini.

“I am sorry mommy. I promise I won’t do that again.” Emmel mengulang kembali janjinya kepadaku. Aku hanya mampu memberikan senyuman yang terbaik bagi mengelakkan Emmel rasa lebih bersalah.

“But…” ayat Emmel tergantung di situ. Membuatkan aku sendiri ternanti apa yang mahu dikatakan oleh anak kecil itu. Aku mengangkat kening seolah memberi izin untuk dia meneruskan kata-katanya itu.

“But I think daddy is more handsome that man.”

“Why?”

“No men are more handsome than daddy. Even if daddy is not handsome as they, for me, he is still handsome because he is my daddy.”

Terkesima aku sebentar mendengar jawapan Emmel yang aku rasakan tulus dari hati kanak-kanaknya. Sedang aku mencari ayat untuk membalas kata-kata dari anakku itu, Emmel tiba-tiba merentap tangannya dari pegangan tangan ku. Terkejut dengan tindakkannya itu, aku reflek melepaskan tangan Emmel dan dia terus berlari mendapatkan Fawwaz yang sedang menunggu kami di foyer pejabatnya. Jauh rupanya aku mengelamun sehingga tidak sedar bahawa aku sudah sampai ke pejabat Fawwaz.

Dari kejauhan aku melihat kegembiraan di wajah Emmel dan Fawwaz. Walaupun mereka tiada sebarang pertalian darah, mereka tetap gembira hidup bersama. Dan aku mula memahami apa yang Emmel maksudkan sebelum ini. Definisi handsome bagi dirinya. Siapa kata kanak-kanak tidak mampu mengajar orang dewasa. Kadang kala kanak-kanak mampu melihat lebih dari apa yang orang dewasa bayangkan.

 

 

 

 

14 comments:

  1. love hana with fawwaz

    ReplyDelete
  2. Hehe. Suke.
    -nuyrah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca bikisan yang tidak seberapa ini.. :)

      Delete
  3. Replies
    1. thanks Madam Lola.. your version is awesome too..

      Delete
  4. You just crushed my dream, dear. KS please very much, ask Aishah to write a novel for your company.

    Nak sangat Fawwaz. Ambil kau sejibik! dan I like it very much!...Poor Haydar. Tak kemana wajah mu yang handsome itu, kalau kau pun lepaskan Hana--hilang ingatan? memang nak kena tumbuk Haydar ni. Love it!!! Kalau begini punya twist masa dalam bab28.Haydarian's better watch out for broken hearts. lols.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      saya budak baru belajar.. nak menulis tuk publish kat market mmg tak pernah terlintas lg buat masa ni.. :)

      Untuk team Haydar jangan sedih-sedih.. Hero memang selalu kalah dulu.. hihi

      Delete
  5. Your one also nice! Kannn biasalah hero mana boleh menang. mesti bersusah2 dulu. Tiada benda yang senang kita perolehi tanpa usaha dan cabarannya. But Hana memang sentiasa sweet kalau ngan Haydar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu..
      even saya ni penyokong tegar fawwaz-hana tapi menjangkakan hana will be with haydar..

      Delete
  6. salam aishah !

    TQ for joining :D love it and its a deep one. lol. Now gang Fawwaz can smile. haha

    Thanks for re-setting the comment, i hope it works this time ! OMG. had been trying few times before.lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you and sorry for the inconvience before this.. :)

      Delete
  7. Yes yes yes!!!! I like this version! Fawwaz and Hana. Excuse you Haydar pi main jauh-jauhh. Ship Hana and Fawwaz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih qhastina kerana menyukainya.. :)

      Delete