Wednesday, March 9, 2011

INILAH DIA (4)

Dan akhirnya plan yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Plan untuk pergi bermandi manda di Wet World Batu Pahat itu memang dirancang dengan rapi. Persedian dibuat bukan main main kerana ini adalah masa yang tinggal sebelum mereka berjuang untuk menghadapi SPM.
Tetapi kelancaran plan mereka terganggu diakhir cerita kerana dengan tidak sengajanya mereka telah terkantoi fly dengan warden. Macam mana boleh kantoi? Sebab terserempak dengan warden sewaktu mereka tengah usha line masa nak masuk asrama. Nak buat macam mana kalau dah kantoi. Terima je la segala denda yang dikenakan.
Selepas itu mereka masing-masing sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi satu peperiksaan yang akan menentukan arah mereka selepas tamat sekolah. Walaupun begitu, mereka masih lagi curi-curi keluar asrama tanpa izin. Bukannya pergi jauh sangat pun. Sekadar keluar ke taman perumahan di belakang sekolah untuk membeli ais krim Malaysia. Ais krim yang dijual di koperasi mahal sebab ada jenama Nestle.
Akhirnya dengan berkat usaha mereka semua mampu menjejaki kaki ke menara gading seperti yang diimpi sewaktu kaki melangkah ke alam sekolah menengah. Fina dalam bidang Kejururawatan, Ieyla dalam bidang Perniagaan Antarabangsa, Wawa dalam bidang Perancangan Bandar, Dyana dalam bidang Pengurusan Pejabat dan Melor sendiri dalam bidang Kewangan.

No comments:

Post a Comment