Wednesday, March 9, 2011

INILAH DIA (LAST)

“Tin tin..” bunyi hon di luar rumah mematikan lamunan Melor. Terus dia keluar dan menguncikan pintu rumah. Tidak mahu membiarkan rakan-rakannya itu menunggu lebih lama dan juga tidak mahu terlambat untuk ke majlis Fina.
                “Melor, kau tengah buat apa tadi?” Dyana bertanya.
                “Berangan. Hehe.”
                “Itu tak lain la tu. Mesti teringatkan boyfriend.” Wawa pula mencelah.
                Belum sempat Melor menjawab Ieyla sudah menyampuk, “Mana kau tau dia teringatkan boyfriend? Kan die dah kata dia tak nak ingat lagi boyfriend die yang kahwin tu.”
                “Sapa boyfriend Melor yang dah kahwin? Aku tak tau pun.” Dyana bertanya pelik. Memang patut la dia rasa pelik kerana diantara mereka memang tiada rahsia.
                “Tu Norman KRU kan dah kahwin” dengan selambarnye Ieyla menjawab dan jawapanya itu mengundang tawa mereka di dalam kereta itu.
                Apabila tawa mereka beransur reda, Melor berkata, “Takde la. Aku just teringat cerita kita zaman dolu-dolu.”
                Dan betullah mereka sudah lama meninggalkan alam remaja yang tidak akan berganti. Mereka bukan lagi pelajar sekolah menengah yang berusia belasan tahun yang hanya tahu berseronok tanpa memikirkan isu-isu semasa. Mereka kini adalah individu-individu yang sedang membina tapak yang kukuh dalam bidang yang mereka ceburi sambil melunaskan tanggungjawab sebagai seorang insane yang menumpang di bumi tuhan. Serta menyahut cabaran untuk melangkah kea lam yang lebih matang seperti yang dilakukan oleh Fina pada hari ini.

No comments:

Post a Comment