Wednesday, March 9, 2011

INILAH DIA (3)

“Hai baru masuk sekolah kerja dah melambak. Ni yang buat aku malas nak balajar. Tapi kalau aku tak belajar nanti aku nak keje ape? Takkan nak jadi minah kilang plak.  Tak pun jadi surirumah sepenuh masah. Ish tak nak la aku” Melor merungut kepada diri sendiri. Dia sebenarnya sedang menunggu rakan-rakannya untuk berbincang tentang rancangan mereka semalam. Sambil menunggu mereka  dia menyiapkan homework yang diberikan oleh cikgunya tadi.
 Sudah menjadi adat bila menjejaki kaki di tingkatan 5, tiada lagi istilah honeymoon. Setiap masa mestilah diisi dengan mentelaah pelajaran untuk peperiksaan SPM. Maklumlah SPM merupakan penentu masa depan. Tapi  bagi Melor dan rakan-rakannya biarlah segalanya berpada. Mereka tidak membiarkan diri mereka  asyik dibelenggu dengan buku sepanjang masa tapi tidak juga terus hanyut dengan godaan dunia.
“Hoi cik akak! Mengelamun.” Tiba-tiba suara Nazwa menyergah. Melor yang sedang asyik melukis gambarajah eksperimen kimia yang dilakukan pada waktu persekolahan tadi  hampir melompat kerana terkejut.
“Wei bengong lain kali nak menegur tu bagi la salam dulu. Nasib baik aku takde sakit kronik, kalau tak kau menyesal tak sudah”
“Ala relex la. Tak trill nak buat surprise bagi salam dulu. Lagipun kite orang  tengok kau khusuk benar merenung buku tu sampai tembus entah ke mana-mana tah.” Nazwa menjawab
“Kepala hotak kau korang la. Tak nampak ke aku tengah melukis ni. Apesal lambat. Janjikan lepas sekolah. Ni dah dekat pukul 2 petang.”
“Sengal la kau. Buat-buat lupa plak yang kita orang  ni ambik extra subjek. So aku punye time lepas sekolah memang la tak same dengan kau. Yang kau nak membebel kat aku apehal. Ieyla dengan Pna pun takde lagi.” Dyana pula menyampuk.
“Ada tadi. Korang lambat sangat tu yang die orang pegi kantin. Lapar katanya.”
“Mak ai. fikir perut sendiri je. Abis kite orang nie macam mane?”
“Ala aku dah suruh die orang belikan roti buat alas perut. Korang kelas ape je sampai lambat sangat lepas.”
“Kelas Syariah Islamiah. Biasala kalau dengan Ustaz Sabri tu mane ada istilah balik awal. Walaupun kiteorang buat muke boring ke, muke toya ke muke tenuk ke, die buat bodoh je terus mengajar. Die tak pfikir ke kiteorang nie bukan saje-saje buat muke hodoh macam tu tapi sebab dah penat belajar dari pagi sampai petang.” Nazwa membebel. Dyana di sebelahnya hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kenyataan Nazwa itu.
Tiba-tiba 2 orang rakan mereka yang pergi mengalas perut tadi masuk ke kelas sambil menjinjing satu palstik berisi roti, air mineral, dan sedikit makanan ringan.
“Dah sampai pun mak nenek dua orang nie.” Ieyla dah menyerang dulu.
“Berapa banyak insurance mulut kau nak cakap macam tu.” Nazwa menjawab. Mereka berdua ini bila berjumpa pasti ada saja benda yang ingin dibahaskan walaupun benda yang kecil. Masing-masing hendak menunjuk bakat kerana mereka berdua merupakan bekas pembahas sekolah. Tapi dah kene dismissed la kerana satu kes itu.
“Dah la korang ni. Asal nak jumpe je nak lawan mulut. Tu la lain kali buat kes lagi. Kalau tak sekarang korang boleh berlawan kat atas pentas.” Melor cube menenangkan keadaan. Memang selalunya begitu.  Dalam mereka berlima masing-masing ada kepenting antara satu sama lain. 
“Macam tak paham plak kau ni Melor. Tap betul jugak. Masa berjalan nie. Better kite discuss sekarang  pasal plan kite tu.” Fina pula menyampuk sambil berjalan mengambil tempat duduk di sebelah Melor manakala Dyana dihadapannya.
“Plan ape nie. Aku taktau apa-apa pun. Nazwa pun tak bagi tau aku kenapa nak jumpe hari ni.” Dyana berkata.
“Ha ni la nak bagi tau. Kite orang ada plan baik. Tu yang kite jumpe hari ni nak discuss.” Ieyla berkata dan mengambil tempat duduknya di tengah sementara Nazwa duduk di sebelah Dyana. Sekali pandang mereka seperti sedang mengadakan mesyuarat diantara manager-manager.
“Okey sampai sini dulu discussing kite. Hari pun dah lewat. Aku Zuhur pun belum lagi. Pukul tiga plak aku ada kelas Add Mate.  So kire jadi la plan kite nie.” Ieyla memberi kata putus mengenai perbincangan mereka petang itu.
“So ape-ape perkara berbangkit kita discuss esok di waktu dan tempat yang sama.” Nazwa pula menyambung seperti seorang pengacara di TV3 sebelum masing-masing bangkit dari tempat duduk dan pulang ke asrama mereka.

No comments:

Post a Comment