Wednesday, March 9, 2011

INILAH DIA (2)

Matanya terpejam tetapi mulut terkumat-kamit. Bukan membaca mentera atau menurun tetapi sedang menyanyi mengikut lagu yang sedang berkumandang melalui mp3 kesayangnya itu. Itulah aktiviti Melor setiap petang. Bermalas-malasan di atas katil sambil melayan perasaan mendengar muzik. Bukan tiada niat untuk beriadah namun ini pada waktu petang sajalah masa untuk pelajar ASPUTA (Asrama Puteri Tun Aminah) melakukan aktiviti bebas.
                “Hoi mak cik! Pekak ke? Aku panggil tak dengar.” Tiba-tiba pehanya ditepuk. Rupa-rupanya Ieyla dan Fina membuat lawatan social ke dormnya.
                “Korang nie tak boleh ke bagi salam dulu. Ini tak main sergah semacam. Nasib baik aku tak ada penyakit kronik.” Melor berkata sambil mengurut dada.
                “Aku dah bagi salam tapi kau yang tak dengar. “ Ieyla membalas
                “Patut la pekak volume mp3 dia bukak sampai habis.” Fina pula menambah sambil tangannya membelek-belek mp3 milik Melor.
                Melor hanya mampu tersengih seperti kerang busuk sebelum mempertahankan diri. “Ala. Tadi ada lagu KRU. Tu yang aku kuatkankan. Kau gila ke nak dengar macam tu punya kuat. Pecah la gegendang telinga aku. Yang korang tetiba datang dorm aku ni apehal?”
                “Saje je nak melawat kau. Tak boleh.” Fina menjawab selamba tetapi dari sinar matanya ternyata ada sesuatu yang membawa mereka ke dorm Sakinah.
                Melor menjeling kedua sahabat baiknya sebelum membidas. “Tak payah nak menipu la. Macam la baru semalam aku kenal korang. Alangkan kelas kite yang kat tingkat 2 tu pun korang malas nak naik inikan pulak nak naik dorm aku yang kat tingkat 3. Dorm aku ni lagi tinggi dari dorm korang tau. Dengan tahap kemalasan korang tu tak mungkin korang saje-saje je datang sini. Kalau  takde angin takkan pokok bergoyang. Kalau takde kes korang takkan naik dorm aku.” Bukan sehari Melor kenal diaorang. Dari tingkatan 1 lagi. Kini mereka sudah berada di tingkatan 5. Ini bermakna sudah 5 tahun mereka saling mengenali. Jadi di antara mereka pastinya sudah masak dengan perangai masing-masing.
                Fina dan Ieyla tersengih sumbing. Kemudian Ieyla berbisik ditelinga Melor. Selesai saja adegan berbisik itu Melor mengangguk-anggukkan kapala tanda memahami butir bicara sahabatnya itu.
                “Macam mane?” Fina bertanya.
                “Bila korang nak buat?” Melor bertanya kembali tanpa menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan cadangan yang baru diusulkan oleh Ieyla itu.
                “Tak tau lagi. Kene bincang lagi sekali dengan yang lain-lain.” Ieyla menjawab.
                “Selain kite sape je lagi yang terlibat?” Melor bertanya kehairanan. Biasanya hanya mereka bertiga sahaja apabila membuat rancangan seperti ini.
                “Si Wawa dan Dyana.” Fina menjawab. Kemudian dia meyambung“Kalau kau nak join esok kite discuss kat kelas lepas waktu sekolah. Nak bincang kat sini tak selamat.”
                “Okeylah kite orang balik dulu. Aku ni pun belum mandi lagi. Nanti kalau lambat turn mandi aku kene curi pulak.  Apa-apa hal pun kite discuss je esok.” Ieyla  berkata sambil berjalan ke arah pintu. Melor turut sama berjalan ke pintu sementara otaknya menimbang tara cadangan Ieyla tadi. Tiba-tiba dia bersuara. Waktu itu Ieyla dan Fina sudah hampir hendak melngkah pergi.
                “Eh Ieyla kejap. Aku nak pesan nie. Lain kali kalau kau nak berbisik pastikan air liur kau tak menyembur macam tadi. Habis banjir telinga aku.” Wajah Ieyla sudah merah padam menahan geram. Fina pula dah pecah gelak di sebelahnya manakala Melor cume buat muke selamba.

No comments:

Post a Comment