Tuesday, August 28, 2012

5 TAHUN 5 BULAN




Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....

inilah novel Hlovate yang pertama sekali aku baca dan aku terus minat dekat karya-karya dia.
nak dikirakan novel ini jugalah yang memperkenalkan aku dengan jemari seni publishing.

aku dengan buku kiranya ada sejarah.. hihi..
dulu masa aku mula-mula beli n kumpul novel..
aku hanya akan beli novel dari penulis yang aku minat..
kebetulan satu hari ni time aku nak beli novel..
takde la pulak novel dari penulis yang aku minat..
tapi aku  nak beli novel jugak..
jadi aku ada dua pilihan waktu tu..
sama ada novel ni atau novel lagi satu..
dan harus diingatkan disini..
bahawasanya aku waktu itu hanya berminat dengan alaf 21..
nak dijadikan cerita novel yang lagi satu tu ada penulis yang aku tidak minat..
walaupun itu ada novel keluaran alaf 21..
makanya aku tawakal sahaja membeli novel ini..
tak sangka pulak novel ni memikat hati..
bukan hati aku saja tapi seisi keluarga aku..

No comments:

Post a Comment